Monday, March 22, 2010

Untung dan Halal Sama Penting



Ada orang yang penting untung, dapat banyak duit. Cara apa mereka dapat duit, mereka tidak peduli. Skim cepat kaya ke, menipu ke, rasuah ke, riba ke. Hentam semua.

Ada orang pula, yang penting ada ‘cop halal’. Walaupun model bisnesnya tidak bagus, berat sebelah kepada satu pihak sahaja, tidak cost effective. Maka, dia pun rela menjadi “the losing side” asalkan halal.

Karipap yang dijual oleh Mak Minah dijamin halal, tetapi kalau anda mahu minum teh dengan kuih koci, perlu ke anda membeli karipap tersebut hanya disebabkan karipap tersebut halal?

Sedangkan dalam bisnes dan pelaburan, untung adalah sangat penting. Orang tidak melabur dan buat bisnes untuk jadi rugi. Sebagai seorang Muslim juga, isu halal juga adalah sangat penting. Darah daging yang dibina dari sumber haram mesti dielakkan.

Jadi, anda mesti pandai ilmu bisnes dan pelaburan untuk elakkan kena tipu dan mendapatkan yang terbaik. Pada masa yang sama, anda juga mesti tahu juga isu halal haram dalam bisnes dan pelaburan. Barulah anda mendapat rezeki yang banyak pada masa yang sama mendapat keberkatan.

Dalam masalah logo pun kita kene tau yang manan halal dan juga haram inikan pula tentang pelaburan. Ini semua sangat penting kerana setipa daripada makanan kita ataupun pelaburan kita akan menjadi darah daging kita.

Terfikir juga murid-murid di sekolah yang makan makanan di kantin. Sekarang banyak yang dijual hotdog, nugget, burger semua fastfood yang hanya sedap di makan tetapi halalnya... minta-minta kita dijauhkan daripada perkara-perkara syubhah ini hendaknya.

1 comment: